Wednesday, June 18, 2008

SENARIO MURID ALAF BARU

Murid ku 20 tahun lalu
Datang kepada ku
Selamat pagi cikgu
Apa yang boleh kami bantu

Ketika ke kelas aku
Cikgu!...Cikgu!...
Semuanya diam membatu
Membuka buku
Untuk pelajaran hari itu

Oh Tuhan ku!
Berilah rahmat kepada murid ku

Muridku 10 tahun yang lalu
Menghampiriku
Assalammualaikum sudah hampir layu
Cikgu tetap seperti dahulu

Ketika ke kelas aku
Terdengar sosek-sosek
Ah!... cikgu itu
Malasnya aku

Muridku di alaf baru
Salam semacam sudah tidak tahu
Berselisih guru mengelak selalu
Takut disuruh ini dan itu
Tak kuasanya.. aku..

Ketika ke kelas aku
Diam,..diam,..cikgu!
Tak reti bahasakah kamu?
cikgu di hadapan itu

Mana murid itu?
Ke tandas cikgu..
Keluar cikgu...
Entah ke mana lagi hala tuju
Sekolah bukan lagi gedung ilmu
Pasar borong agaknya itu

Di hadapan, di belakang, di kiri, di kanan
Murid berceloteh sesuatu
Tanpa menghiraukan cikgu
Yang terpaku
Di suatu sudut
Pilu...
Mengenang nasib bangsa Melayu
Yang sudah tidak tahu
Erti malu
Erti hormat guru
Erti pentingnya ilmu

Huh!...
Entah apa lagi yang akan berlaku
Guru sendiri tidak tahu
Agaknya guru terpaksa berbekalkan sesuatu
Untuk ke sekolah hari itu
kerana guru tahu akan tingkah laku
Murid yang tidak punya adat menuntut ilmu

Murid ku 10 tahun akan datang
Agaknya mereka semakin kuat menentang
Hormat dan sopan agaknya sudah hilang
Senario ini mungkin datang
'Maaf,... cikgu minta lalu'...
Takutkan murid terajang

Cikgu!...oh!...Cikgu!
Rutin mu tak pernah hilang
Sabarmu tak pernah goyang
Cuma...
Jasa dan pengorbanan mu sudah tidak mahu dikenang

Oh!... Tuhanku...
Berikah rahmat ke atas muridku
Kembalikan mereka
Seperti muridku 20 tahun yang lalu


SEKIAN

If you are a student, please don't do that to your teacher because it's very sad for us to accept that kind of charater.
As a student you have to be polite to your teacher in oder to get blessing from them. Be good always

Thursday, May 29, 2008

Welcome to the new era!!

ASSALAMUALAKUM
as like other people that using this medium to express theirselves which is by blogging..so i'm try to find out about this kind of communication...its just like a new trend that all people should have their own blog even a 7-years old kids!! well it's quiet interesting and i hope by using this i can express a little bit about my feelings and opinions as a teachers and normal human beings definitely.
So for those who reads my blog..just wait and see!!!