Tuesday, February 2, 2010

MESYUARAT OH MESYUARAT

Hari selasa 2 Feb 10, waaaaa ada meeting, fobia betul. Sah lama punya, nak cakap bukan apa pun pasal hari sukan. Yang dok baca sume nama cikgu tu, apa kes. Hargailah masa kerana' masa itu emas.' Esok ada lagi, esh apa gemo beno deme bermesyuarat. Tak faham la teman.

Monday, February 1, 2010

1 Feb 2010

Sudah bulan feb. Cepat sungguh masa berlalu, hari ini sekolah seperti biasa. Awat tak tau boring semacam. Bertambah boring bila tengok atas meja ada jawatankuasa sambutan persaraan pengetua. X kisah la tu . Yang aku kisah ada ke patut aku depa suruh jadi MC. Awat ceek tak dak orang lain ka hampa nak suruh. Soara kita pun dah dah macam katak botong yang dok panggil ujan dan yang jarang dah kita dengaq. Kalau ada pun,awat tah hingaq semacam, macam tu lah aku yang sedaq diri, huh.. lagi pun mata dah rabun tak berapa clear bila malam macam mana tu. Sapa nak jawab kalau silap.
Dek kerana kes tu buat aku tak dak mood nak mengajaq arini. Harap-harap esuk aku ok boleh bagi kaw-kaw punya kat budak.

Nombor duanya Pn. Roslina datang ke sek arini selepas bertukar ke TLDM. Sedih gak rasa sebab dah lama bersama 20 tahun kot, tetiba dia ditukarkan terkilan juga rasanya. Lama gak borak-borak dengan dia. ha kita kehilangan seorang guru yang berpengalaman dan berwibawa. Apa nak di kato itulah kita yang sebenarnya.

Nombor tiga, izzah pindah rumah arini ke Vista Angkasa , tempat mummy dia duduk semasa belajaq dulu, Hai, cepatnya masa berlalu dulu waktu mummy belajaq dia baru tahun 4 sek rendah, sekarang ni dah keje engko ya, dan esuk-esuk keje macam mummy gak cuma up sikit orang panggil pensyarah la inshaaalahla rezeki tu cepat, satu malaysia dah tau sebab masuk blog.Tapi mumuy suspek la kat hang izzah dah pandai berdikari. cari rumah sendiri, pindah barang sendiri, hebat lo kakak. Teringat mummy kat kawan mummy dulu Jamaliah, keje cari rumah dia lah yang uruskan. Terima kasih juga dekat kawan setia hang Halira. ' A Friend indeed is A Friend In Need. Untuk Hampa berdua keja baik-baik, la ni bukan senang nak dapat keja ' Nak susah memang senang, nak senang memang susah' ingat tu.

Oookey C U all when i'm free. Salamualaikum

Monday, January 25, 2010

25 Januari 2010

Salam semua, mulai hari ini saya nak berkisah tentang peristiwa pahit manis dalam sehari. Hari ini Isnin, biasala blurr g sekolah, pagi ada perhimpunan unit berunifom yang dikendalikan oleh pengakap. Simple tetapi menarik. Yg sedihnya, pelajar yang memakai uniform sangat sedikit walhal kebanyakan pelajar diberikan unifom percuma. susah nak cakap sikap anak melayu yg tidak pernah bersyukur dengan apa yang diberi. Tak bagi komplain dah bagi tak pakai, suruh beli tak mampu. Habis macam mana tu
Saya sebagai guru penasihat pandu puteri mengalamai masalah yang sama adala tak sampai 10 orang yang pakai uniform, sedih. ttapi siap kena cubit siapa yang tak pakai.
Masuk kelas 5SN bincang tajuk bencana alam, sekali lagi kecewa ceteknya ilmu anak-anak didikku ini. membaca bahan-bahan ilmiah sangat-sangat kurang, pengajaran berfokuskan guru. Cikgu syok sendiri grrrrrrrr. Bagi idea sikit macam mana nak buat. Anyway kita tengok hasil kerja pelajar esok ya.

Wednesday, January 6, 2010

Salam maal hijrah dan selamat tahun baru. Walaupun dah terlambat tetapi kita masih lagi berada pada bulan Muharram dan Januari. Awal-awal ini juga merupakan awal persekolahan. Selamat kembali ke sekolah dan semoga lebih dedikasi dan komited lagi dalam tugas untuk diri saya dan rakan-rakan. Untuk anak-anakku ,pelajar-pelajarku, belajarlah dengan tekun dan penuh iltizam untuk diri anda, ibu bapa, bangsa dan negara anda. Sesungguhnya tiada yang lebih berharga dan berguna selain daripada ilmu.SELAMAT BELAJAR.