Monday, January 25, 2010

25 Januari 2010

Salam semua, mulai hari ini saya nak berkisah tentang peristiwa pahit manis dalam sehari. Hari ini Isnin, biasala blurr g sekolah, pagi ada perhimpunan unit berunifom yang dikendalikan oleh pengakap. Simple tetapi menarik. Yg sedihnya, pelajar yang memakai uniform sangat sedikit walhal kebanyakan pelajar diberikan unifom percuma. susah nak cakap sikap anak melayu yg tidak pernah bersyukur dengan apa yang diberi. Tak bagi komplain dah bagi tak pakai, suruh beli tak mampu. Habis macam mana tu
Saya sebagai guru penasihat pandu puteri mengalamai masalah yang sama adala tak sampai 10 orang yang pakai uniform, sedih. ttapi siap kena cubit siapa yang tak pakai.
Masuk kelas 5SN bincang tajuk bencana alam, sekali lagi kecewa ceteknya ilmu anak-anak didikku ini. membaca bahan-bahan ilmiah sangat-sangat kurang, pengajaran berfokuskan guru. Cikgu syok sendiri grrrrrrrr. Bagi idea sikit macam mana nak buat. Anyway kita tengok hasil kerja pelajar esok ya.

Wednesday, January 6, 2010

Salam maal hijrah dan selamat tahun baru. Walaupun dah terlambat tetapi kita masih lagi berada pada bulan Muharram dan Januari. Awal-awal ini juga merupakan awal persekolahan. Selamat kembali ke sekolah dan semoga lebih dedikasi dan komited lagi dalam tugas untuk diri saya dan rakan-rakan. Untuk anak-anakku ,pelajar-pelajarku, belajarlah dengan tekun dan penuh iltizam untuk diri anda, ibu bapa, bangsa dan negara anda. Sesungguhnya tiada yang lebih berharga dan berguna selain daripada ilmu.SELAMAT BELAJAR.