Sunday, July 5, 2009

GPS oh GPS

Dah lama tak menulis blog ini, ada kesempatan waktu ini, aku ambil peluang untuk menulis blog. Hah, sunyinya rasa semua anak-anak dah balik yang terawal Nazmi lapor diri kat KDU 13 Jun diikuti oleh Aishah dan semalam izzah dengan shikin. Hari sabtu seawal 9.30 pagi kami dah bertolak ke Shah Alam untuk hantar shikin, almaklum shikin kena duduk menyewa sebab tak dapat kolej. Kami ikut jalan sabak bernam sebab kata orang ikut sane dekat sikit. On The Way singgah sekejap kat tempat aishah hantar makanan, makanan apa yang dimasak untuk dibawa bekal supaya dia tidak terasa ditinggalkan,jadi apa yang kami makan nanti dia pun merasa makan adil. Nak tau itu lah pertama kali kami pergi ikut jalan tersebut. Rasanya tak mudah sesat kot dengan bantuan GPS(Global positioning system). Wah, canggihnya teknologi sekarang ini, dengan menggunakan tel. mudah alih E75 milik shikin, kami dipandu arah dengan mudah sekali. Cepat dan jimat. Best juga jalan ikut sini tidak membosankan.
Sampai seksyen 7 Jalan Pualam 7/32B dalam kol 12 gitu. wah...wah.. bosonya rumahnya dua setengah tingkat 5 bilik. Penghuninya 13 orang okla tu, Kita waktu belajo dulu appartment 3 bilik dok 10 orang. yang pentingnya semangat belajar mau ada.Duduk kat mane pun tak pa. Pas tinggal barang shikin kita Pergi pulak melawat Jemi kat Kondo sterling Kelana Jaya. Dari rumah cuak gak macam mane nak sampai ke sana. Alhamdulliah dengan panduan GPS dan ingatan daripada Allah SWT setengah jam aje kami sampai.
Tiga minggu tak jumpa anakanda ini nampak slim sikit. Semangat kampung masih menebal kerana mat mie berpelekat saje jemput kami di parking LG3. Tempat ini memang mewah bukan boleh masuk sebarangan ada pas kad lak nak bukak pintu lif, penghuni aje yang ada kad tu, Lain orang sorry... penghuninya well protected. Mak ai ada swimming pool. jimnasium. sempat la kita posing kat kolam renangnya. Cuma satu saja yang lecehnya tentang anak muda ni dia kena masak sendiri, jadi mak dia bawaklah barang-barang kering untuk memasak, tapi pengalaman memasak tu memang dia ada. so no problem for him. Tak lama pas tu kami betolak ke bangi. Sekali lagi GPS diguna pakai pendek kata memang berguna sangat la alat ni, terlintas di hati untuk beli satu supaya mudah lain kali anak punya dah tak ada. Dari kelana jaya pun setengah jam aje sampai ke Bangi. Izzah register masuk bilik, alhamdulliah izzah dapat duduk bilik lama, dia suka saya pun suka, sebab dia dah get use dengan bilik tu. Pas tu kami pergi chek in dekat hotel yang dah kami booking, Bangi Lanai. Dia dah siap bagi bilik kenangga 2 kat atas. ayah lak nak kat bawah. dibaginya Teratai 3. Masuk bilik Tak ada apa nak komen bila bukak toilet shikin tekejut tak ada sink, ada shower je tak selesa. Tengok dalam internet kemain lagi cantik, rasanya itu pertama dan terakhir kot.Tapi bilik yang dia tentukan itu rasanya lebih selesa, itulah orang kata 'ikut kata hati pertama' Mau tak mau tidolah nasib la semalam aje. Esoknya pagi-pagi lagi kami dah hantar kakak ke ukm lepas sarapan pagi dekat lupa dah nama kedai mamak tu. Selesai semuanya kami pun betolak balik ke Kelana Jaya, drop Nazmi kat Sterling Kondo and then continue aur journey to Shah Alam. (jemu tulis melayu) GPS pening sikit sebab shikin lambat set. tak pasal-pasal 2 kali masuk tol LDP. Anyway were safe reaching Shah Alam about half and hour. Drop by Shikin, get to know with her new housemate, we continue with our journey back without GPS. Pray to Allah supaya tak sesat. Allahamdulliah kite dua orang selamat sampai ke rumah. Oh, sunyinya.... Looking forward to visit all of you again... Salamualaikum. Bye.

No comments: