Friday, May 29, 2009

Orang Kita

28 Mei 2009, Majlis Anugerah Kecemerlang Akademik anak-anak persatuan Kontraktor diadakan di Royal Impiana Casaurina Ipoh, tak macam lalu di dewan bangkuit bangunan perak darul ridzuan aje. Bunyinya memang grand tapi abok pun tarak. Terkapai-kapai kita anak beranak nak masuk dewan ke, tidak sebab majlis tu berlangsung sekali dengan mesyuarat agung persatuan, tanya urus setia katanya nanti kami akan panggil. rupanya sampai 'suh' orang kita cakap, tak panggil-panggil. Duduklah kita kat luar tunggu, nak masuk nampak semua muka-muka kontraktor belaka. Ayah, aku suruh masuk sebab berkaitan dengannya. Pesan aku apa-apa hal tel aje. Penyudahnya tetiba je ayah call suruh nazmi ready ambik hadiah. Hadiah aishah ayah dah ambil. Bila kita berjalan orang kat luar tu usha semacam aje, tambahan pula tengok nazmi pakai baju melayu lengkap. Agaknya la dalam kepala dia orang tu kata"apa hal lak budak ni" atau pun "ha baru sampai"atau pun aku perasan aje, orang tu apah tidak. Tak kisah la apa orang nak kata. Kitakan professional. Kat pintu tu sekali lagi kita tercanggak-banggak , ah aku ambik keputusan tunggu aja kat pintu tu nama panggil masuk. Masa nazmi ambil hadiah dia terdengar suara-suara "ni anak 'dato'. Awat orang biasa tak boleh berjaya ka. Tapi yang pasti nazmi cucu datuk. Berbaloi juga hadiah hari tu.
Lepas tu ayah tak attend mesyuarat sebab banyak urusan yang perlu diselesaikan terlanjur ke Ipoh. Ayah ke pejabat CIDB untuk urusan syarikat. Hai, kebetulan ayah parking kereta dekat kedai-kedai kain. Sementara, ayah ke pejabat CIDB kita ambik peluang jamu mata belek-belek baju, bukan nak beli tapi nak tengok fesyen. Biasa la orang pompuan. Kedai-kedai di situ sunyi aje, ada pekerja aje, pelanggan tak nampak. Pas tu bila kita masuk tak pula dia nak tanya apa-apa tengok je kita. Rasanya kalau nak beli, pun tak jadi. Pekerjanya pulak orang indon. Ini bukan kedai ni aje yang menggaji orang indon, rata-ratalah mereka, mana orang kita.
Orang kita heboh tak ada kerja, orang kita gegar dengan kes rempit ' samseng jalan raya' istilah yang sangat sesuai, orang kita tak ada duit meragut, orang kita ramai yang jadi doktor bawah pokok, pendek kata semua orang kita. tapi orang kita tak pernah sedar dan tak pernah ambil iktibar. Asyik-asyik kerajaan yang salah tak lupa cikgu yang salah, sampai anak sendiri kerajaan nak jaga ka, cikgu sekolah nak jaga ka, yang ibu bapa gila cari duit memenuhi kehendak nafsu dunia. Anak-anak dibiarkan dengan harapan orang lain tolong jagakan, Tapi yang peleknya bila ditegur, kita pulak disalahkan. Dunia sudah terbalik. Jadi orang yang dak beranak pinak 'sendiri mau ingat la'
Balik pasal kedai Melayu tadi, on the way balik kita meyinggah di Tesco pangkalan kononnya nak beli sotong rendam je. Dalam pada tu sempat lak singgah ke gerai dalam tesco kot, apa-apa aja lah, jual tel. Jauh bezanya layanan yang diberikan, memang ayah ada cadang nak belikan tel, hadiah untuk jemi, but not now, tapi dek kerana layanan dan budi bicara cina tu lekat satu tel Nokia N78 yang regenya boleh tahan gak. Itulah penanggan bahasa ya. Yang boleh buat orang tergoda dan boleh buat orang ternoda. Jadi orang kita perlu pandai berbahasa dan orang kita perlu fikir-fikirkan apa yang telah aku kata.

1 comment:

ezah said...

betol betol betol!