Wednesday, May 20, 2009

keputusan spm 2008

Bila tgk gambar keputusan periksa spm 2008 smk Bt 10 lekir.
Teringat aku pada hari yang sama, keputusan nazmi, satu-satunya anak lelaki tunggal kami pun akan mengetahui keputusan spm. Sebagai ibu, yaallah Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan dalam hati ini. Kalau boleh pada hari tu nak duduk berzikir saja di rumah, tapi tugas sebagai su spm menuntut aku untuk ke PPD ambil keputusan periksa bersama pn. Pengetua. Hati semakin berdebar bila mana ada anak-anak cikgu yang bersama aku mendapat straight As. Persoalan timbul dibenakku,Adakah aku akan segembira mereka. Yaallah berilah aku kekuatan untuk aku menghadapi segala kemungkinan yang akan aku terima. Aku redha. Tepat pukul 11.00am tel. bimbit berdering. Terpampang pada skrin tel. NAZMI. Bagai nak runtuh jantung aku menjawab panggilan itu. " Mak, alhamdullillah jemi dapat 10A1, " Yaallah syukur, syukur, itu saja ayat yang dapat aku ucapkan. sambil air mata berlinangan. Taziah rakan ku, ku peluk yang turut sama mengalirkan air mata gembira. Saat gembira itu tidak dapat ku luahkan dengan kata-kata cuma insan yang mengalaminya saja yang tahu. Terima kasih anakku dan aku terus mengharapkan agar kejayaan ini terus menjadi pemangkin kepada anak-anak yang lain. dan kini inshaallah cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tercapai - KANADA menanti anda . Terima kasih Petronas kerana menjadi penaja.

3 comments:

maisarah mansor said...
This comment has been removed by the author.
ezah said...

yeay, dh bace!

maisarah mansor said...

bestkan mak dah pandai tulis blog
.