Friday, May 29, 2009

Cuti sekolah

Sudah 3 hari aku tidak berkunjung ke laman ini. Ketandusan idea dan kesibukan tugas harian mungkin. Hari ini cuti sekolah bermula, tapi macam rutin harian biasa. Kalau dulu, bila mula cuti rumah kami akan lebih ceria kerana semua anak-anak balik dari asrama. Ayah pula tentunya dari pagi dah pergi mengutip anak-anak, dari lenggong, Ipoh dan seterusnya ke Telok Intan. Mak pula sibuk dengan preparation msk makanan kegemaran anak-anak sepanjang cutilah katakan. Pendek kata semua ada makanan kegemaran masing-masing, dari asam pedas, gulai tempoyak, masak lemak ikan keli sampailah ke ikan bako air asam. Wawawa kecur air lior. Tapi hari ini cuma ada jemi dan shikin saje, adik (aishah) ke Seri Puteri main basket sampai selasa, kakak(izah) di ukm buat tesis. Cuti ni dah plan nak ke Bangi lepak kat rumah tetamu 2 hari on 8 hingga 10 haribulan, berkumpul dengan anak-anak tapi, jemi lak tetiba dapat surat untuk lapor diri 13 Jun, wat A lavel kat Kolej Damansara Utama. Hai, terpaksalah wat plan lain. Anyway kita carilah plan lain. Ada cadangan....? Bila anak-anak dah besar-besar ni terasa usia dah semakin meningkat, terkenang balik zaman mak-mak kita dulu agaknya apa yang kita rasa dan alami sekarang mereka pun alami perkara yang sama. Namun apa yang aku harapkan ikatan keluarga kita terus tersimpul kuat walau di mana kita berada.

1 comment:

ezah said...

cewah kak mai ayat yang last tu mcm buat iklan celcom plak! hehe